Tarikh Kemaskini
06-09-2010 15:06:22
Pelawat Yang Ke
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Majlis Warisan Kebangsaan


Latar Belakang

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) telah memperuntukkan tentang penubuhan Majlis Warisan Kebangsaan yang akan berperanan sebagai badan penasihat dalam membantu mencapai tujuan peruntukan akta ini.

Keanggotaan Majlis Warisan Kebangsaan

Seksyen 10, Akta Warisan Kebangsaan 2005 menyatakan:

  1. Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
    (a) Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri; 20 Rang Undang-Undang
    (b) Ketua SetiausahaKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau wakilnya;
    (c) Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan atau wakilnya;
    (d) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa atau wakilnya;
    (e) Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti atau wakilnya;
    (f) Pesuruhjaya; dan
    (g) tidak lebih daripada enam anggota lain, sekurang-kurangnya seorang daripadanya ialah pegawai awam yang mempunyai pengalaman atau kepakaran berhubung dengan pengurusan, pemuliharaan atau pemeliharaan tapak dan objek semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
  2. Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi
    (a) jika bagi apa-apa tempoh substansial Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya; atau
    (b) semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi.
  3. Anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (2) hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi. 
Last Updated on Friday, 15 May 2009 14:41
 


Hakcipta Terpelihara © 2008
Jabatan Warisan Negara,
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan